Kelas STEM – Rainbow Paper Spinner Craft
17 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 16 Februari 2024, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas STEM – Rainbow Paper Spinner Craft yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 10:00 pagi. Kelas tersebut dijalankan di PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 2 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan pelajar prasekolah.
Aktiviti tersebut dibimbing oleh Pengurus PEDi. Aktiviti ini memerlukan bahan – bahan seperti batang lidi, gam, gunting dan kertas. Peserta diminta untuk menggunting kertas kepada 8 bahagian. Setelah itu, kertas yang telah digunting tadi dilekatkan pada kertas yang berbentuk bulat. Selepas kering, kertas tersebut dicucukkan kepada batang lidi untuk membentuk ‘spinner’. Aktiviti ini sangat menyeronokan dan sedikit sebanyak memberi rangsangan terhadap deria sentuh dan bidang STEM.
Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: